Soalan-soalan lazim
Apakah SmartLink2u MasterCard Prabayar?
Ini adalah Kad MasterCard Prabayar yang anda boleh gunakan untuk membeli barangan sama seperti kad kredit tetapi dengan had berbelanja sehingga jumlah wang yang anda masukkan ke dalam Kad – sama seperti kad telefon prabayar.
Apa yang perlu saya lakukan?
1. Tandatangan nama anda pada panel tandatangan di belakang Kad dengan segera.
2. Daftarkan Kad anda dengan menghantar borang pendaftaran dalam Pek Permulaan anda
(arahan Kerajaan untuk semua perkhidmatan prabayar) menggunakan sampul surat pos berbayar yang disediakan atau faks kepada 03-2162 3067 / 03-2164 3344 bersama dengan salinan kad pengenalan (kedua-dua belah)/pasport. Sila benarkan 4 hari bekerja untuk pendaftaran. Makluman melalui SMS akan dihantar selepas pendaftaran diluluskan.
Bagaimana cara saya menggunakan Kad?
Tunjukkan Kad anda kepada premis yang menerima Kad MasterCard, kad akan dimuatkan kepada terminal penerimaan kad sama seperti urusniaga kad kredit.
Adakah saya perlu menelefon AmBank untuk mengaktifkan Kad sebelum digunakan?
Tidak. Kad anda akan diaktifkan selepas pendaftaran anda diluluskan.
Di mana boleh saya meggunakannya?
Kad boleh digunakan di serata dunia di mana kad MasterCard diterima.
Siapa yang layak menggunakan Kad ini?
Sesiapa sahaja. Tidak seperti kad kredit, tiada kelayakan pendapatan atau had umur.
Di mana dan bagaimana boleh saya menambah nilai?
• Secara tunai di cawangan-cawangan AmBank
- Di kaunter
- Mesin Deposit Tunai
• Cawangan – cawangan AmAssurance
• Di cawangan e-bayaran yang mengambil bahagian – yang memaparkan logo “NexG Recharge”
• Perpindahan dana daripada sebarang akaun AmBank menerusi ATM atau dalam talian.
• Perpindahan dana menerusi GIRO Antara Bank daripada:
- Sebarang cawangan bank yang berkenaan
- Perbankan dalam talian
• Perpindahan dana menggunakan ATM Kad MEPS di ATM AmBank
• Pembayaran menggunakan Cek, sila pastikan cek dibayar kepada “Ambank Card Services” untuk (nama anda mengikut kad pengenalan)”. Tulis nombor Kad anda dibelakang cek dan amaun tambah nilai.
Berapakah jumlah yang boleh saya tambah nilai?
Anda boleh menambah nilai dalam jumlah RM30, RM50, RM100, RM200, RM300, RM400 dan RM500 di sebarang lokasi yang memaparkan logo “NexG Recharge”, sehingga jumlah maksimum Kad iaitu RM50,000 pada satu-satu masa.
Jumlah tambah nilai minimum adalah RM100 di kaunter cawangan AmBank.
Bagaimana saya mengeluarkan wang tunai daripada Kad?
Nombor PIN akan dihantar kepada anda dalam masa 14 hari bekerja selepas pendaftaran diluluskan. Anda boleh mengeluarkan wang tunai daripada mana-mana ATM AmBank seluruh negara (tanpa caj tambahan) atau mana-mana ATM CIRRUS/PLUS serata dunia (yuran pengeluaran sebannyak 2% atau RM10, yang mana lebih tinggi).
Bagaimana untuk melindungi wang yang telah dimasukkan ke dalam Kad saya?
Untuk melindungi wang anda, jangan kongsi atau memberitahu nombor Kad atau PIN anda kepada sesiapa. Simpan Kad anda sama seperti anda menyimpan wang tunai anda. Adalah dinasihatkan supaya tidak menulis PIN anda merata-rata. Jika anda perlu, asingkan daripada Kad anda.
Bagaimana saya boleh memantau perbelanjaan saya?
Penyata akaun boleh diperolehi di ambankgroup.com bagi pemegang Kad yang berumur 18 tahun dan ke atas. Bagi yang berusia bawah 18 tahun anda boleh menyemak baki kad menerusi ATM atau menghubungi Pusat Panggilan
AmBank di 1300 80 8888 (Domestik) atau (603) 2178 8888 (Antarabangsa).
Adakah sebarang had urusniaga ditetapkan?
Ya. Setiap urusniaga runcit dihadkan sehingga RM2,000 dan maksimum sehingga 6 kali sehari, bergantung kepada baki yang ada pada Kad anda iaitu RM50,000 atau yang mana lebih rendah.
Bolehkah saya menggunakan Kad ini di stesen minyak?
Kad boleh dileretkan pada terminal layan diri. Bagaimanapun jumlah sebanyak RM200 akan ditahan untuk membolehkan urusniaga dijalankan. Sesetengah peniaga seperti hotel-hotel dah penyewa kereta dibenarkan untuk memegang atau menyimpan sebahagian daripada jumlah wang itu. Perbezaan daripada jumlah ditahan dan jumlah urusniaga sebenar akan dimasukkan semula ke akaun anda, tidak lebih daripada 30 hari. Selain daripada itu, anda boleh meleret Kad anda di terminal di dalam kedai selain daripada meleret Kad di terminal layan diri.
Ini adalah amalan biasa industri.
Apakah manfaat lain yang boleh saya nikmati?
Selain daripada kemudahan tanpa wang tunai, anda akan diberikan mata AmBonus & smartlink points, baucer diskaun, Insurans Kemalangan Peribadi PERCUMA bernilai RM10,000 dan manfaat lain dari masa ke semasa.
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya kehilangan Kad?
Laporkan kehilangan Kad serta-merta kepada AmBank di 1300 80 8888 (Domestik) atau (603) 2178 8888 (Antarabangsa). Semasa mendaftarkan Pek Permulaan baru, anda boleh meminta baki anda (jika ada) dipindahkan ke Kad yang baru.
Apakah yang perlu saya lakukan jika kehilangan/lupa PIN saya?
Hubungi Pusat Panggilan AmBank di 1300 80 8888 (Domestik) atau (603) 2178 8888 (Antarabangsa) untuk penggantian PIN.
Adakah terdapat talian bantuan untuk saya hubungi?
Pusat Panggilan AmBank 1 300 80 8888 (Domestik)
603 - 2178 8888 (Antarabangsa)
emel: amcard-csd@ambankgroup.com
Bank Negara Malaysia 1 300 88 5645 (9am – 5pm, Isnin – Jumaat)
emel: bnmtelelink@bnm.gov.my
Pusat Khidmat Pelanggan SmartLink 603 – 7958 6666