Act Now!
February 13, 2011
Banyaknye duit... huh!!! Kaya...!!!
Hmm... boleh ke aku? Boleh ke dapat duit banyak macam tu? Kalau boleh... macamane? Ada ke cara lain...? Aku dah la dok keje makan gaji... tiap bulan, tu je lah aku dapat... pas tu habis... hmmm... macamana aku nak buat? Macamana nak kaya?? Macamana? ~Wang selalu menjadi persoalan... Wang, boleh jadi satu kerunsingan... Malah satu kesusahan. Tapi semuanya bergantung kepada diri sendiri. Sedalam dan sekuat mana kita menginginkannya? Setinggi mana semangat kita untuk mendapatkannya? Seteguh mana pendirian kita untuk memperolehinya? Orang selalu berkata, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Betul? Seindahnya impian akan bertambah indah bila kita mampu merealisasikannya...
Memperhalusi wadah impian naluri, keinginan untuk menjadi kaya boleh menjadi sekadar impian. Tapi jika kekuatan hati itu sangat tinggi diiringi semangat menggunung untuk mencapai kemuncak impian, pasti tiada yang mustahil kerana kemanisan akan selalu ada di penghujung jalan bila kita mampu melangkah ke akhir dari titik yang dimulakan.

Jadi?

Anda mampu berubah hanya sekiranya anda mau BERUBAH ~
d'boss696
Posted by d'boss 696.